About Us: Suatu Realiti

Jarang kedapatan buku agama yang ditulis berkonsepkan analisis. Kebiasaannya buku-buku atau kitab-kitab agama ditulis dalam bentuk nas dan hujah-hujah syar'ie, menekankan soal-soal dalil-dalil naqli dan aqli, tidak lebih dari itu. Ini menyebabkan slogan Islam sebagai cara hidup tidak menjadi kenyataan. Ini menimbulkan satu dorongan untuk saya menghasilkan buku-buku yang saya kira dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan itu. Bagi memenuhi tuntutan ayat 165 al-Anam saya berusaha keras selama lebih 10 tahun membuat analisis ke atas tujuan-tujuan Allah swt mewajibkan kita menunaikan ibadah-ibadah sembahyang, zakat, puasa dan haji itu. Buku-buku yang saya telah hasilkan ini adalah sebagai hasil perrmulaan. Buku yang sedang saya usahakan ialah berjudul Asas-Asas Kefahaman IDEOLOGI ISLAM, . Ini merupakan rumusan tentang punca-puncanya mengapa realiti yang saya sebutkan di atas itu terjadi. 

About Us

Haji Mohamad

Penyelidik/Penulis

Saya penulis, Hj. Mohamad, dilahirkan di Batu Pahat pada 22 Jan 1947, mendapat pendidikan awal bermula 1954, melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1965. Tahun 1989 telah lulus Sijil Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berkhidmat sebagai pendidik mulai tahun 1969 dan berakhir di Maktab Perguruan Islam sehingga 2003. Sebaik bersara, bertugas dengan Prestariang Teknologi Cyberjaya, sebagai Master Trainers' Trainer bagi kursus BPPT untuk guru-guru peringkat nasional. Sekarang menulis, buku yang terhasil KE ARAH HAJI YANG MABRUR terbitan Telaga Biru, SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK; RUKUN ISLAM ASAS DAN TONGGAK WAY OF LIFE terbitan Karisma Publishing.

Location

Use this space to list your offline location(s) and alternate places where your goods can be purchased online or in person. Be sure to include your full physical address if you have a physical store. Leave this section empty if your goods are only available in this online store.

Address

38 Jalan 4/5D, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

0900-2000

Monday-Sunday